BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam . Apakah hukum saya meminjam duit dari kawan yang sering berjudi ataupun dari hasil yang haram walaupun saya akan bayar semula pada dia menggunakan duit gaji saya yang halal??


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk persoalan saudara, seandainya diketahui bahawa keseluruhan sumber pendapatan kawan saudara adalah haram, maka tidak harus meminjam wang daripadanya kecuali di dalam keadaan dharurah atau terpaksa kerana tiada punca lain untuk membuat pinjaman. Walau bagaimana pun seandainya kawan saudara mempunyai sumber lain yang halal, maka diharuskan untuk meminjam wang daripadanya. 

Dalam masa yang sama, bantuan nasihat dan bimbingan perlu diberikan kepada kawan yang terlibat dengan aktiviti maksiat supaya usaha mengubahnya merupakan perkara yang dituntut di dalam agama Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 129

message user image