BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya berkenaan dengan hukum untuk membuat ansuran berfaedah seperti Aeon credit atau JCL credit.

Interest yang dikenakan adalm 15% setahun. Manakala jika customer lambat bayar bulanan, customer akan di cas oleh pihak company tersebut.

Akan tetapi, pihak company itu juga akan call/wasap/email untuk memberitahu yang kita sudah terlambat bayar. Mereka juga mewajibkan auto-debit untuk pembayaran.

Soalan saya, adakah dibolehkan kami(kedai) untuk buat ansuran ini. Adakah ansuran ini masih riba? Mohon bantuan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Secara asasnya:

 

1. Pembiayaan atau ansuran yang ditawarkan oleh Institusi kewangan Islam atau produk kewangan Islam adalah patuh syariah. Ini adalah kerana akad yang digunakan tidak bercanggah dengan syarat seperti akad murabahah dan sebagainya.

2. Sebaliknya pinjaman atau ansuran yang dikeluarkan oleh Institusi kewangan konvensional atau produk convensional adalah tidak patuh syariah. Ini adalah kerana kontrak yang digunakan adalah hutang. Sebarang syarat keuntungan atau manfaat dari hutang dikira sebagai riba. Ini bertepatan dengan kaedah fiqah:

كُلُّ قَرضٍ جَرَّ مَنفَعَةً فهو رِبًا

Maksudnya: Setiap pinjaman yang menghasilkan manfaat, itu adalah riba.

Riba adalah haram sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 275:

وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَیۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا

Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Kesimpulannya, pelanggan perlu memastikan pembiayaan yang ingin diambil daripada mana-mana perbankan atau agen kewangan adalah patuh syariah dengan bertanya secara terperinci kepada mereka produk yang ditawarkan. Ini kerana pihak AEON Kredit juga ada menawarkan pembiayaan secara islamik berbanding pinjaman konvensional sedia ada. Sekiranya konvensional, ia adalah riba dan pastinya haram untuk dilanggan oleh orang Islam.

والله أعلم بالصواب

Ulasan:


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 555

message user image