BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamulaikum. Saya ada kedai menjual alat telekomunikasi. Jadi saya berhajat untuk menggunakan kaedah ansuran melalui agen third party iaitu easy deal. Customer akan submit borang dan kita akan hantar kepada agen. Sekiranya lulus customer akan mula proses membayar melalui cara auto debit kepada agen untuk mengelakkan ada caj untuk lambat bayar. Setiap bulan customer akan dikenakan interest sepanjang tempoh ansuran. Soalan saya :

1. Adakah kaedah dibolehkan memandangkan urusan pembayaran adalah diantara customer dgn agen? Saya hanya mendapat jumlah mengikut harga yg saya jual pada customer shj

2. Ada pendapat mengatakan dibolehkan kaedah ini kerana interest yg dikenakan kepada customer adalah upah kepada agen yg akan menjalankan proses collection dan menanggung risiko sekiranya customer tidak membuat pembayaran. 

3.  Ada juga berpendapat kaedah ini dibolehkan kerana dalam perniagaan atau perdagangan, sekiranya kita tidak menggunakan kaedah yg telah digunapakai oleh peniaga lain, kita akan ketinggalan dan sukar utk bersaing dgn yang lain. 

Jadi saya nak mintak pendapat tuan dalam hal ini. Saya ada bertanya kepada 2 3 org dah dan ada berpendapat ianya dibolehkan atas sebab2 diatas. Cuma saya nak bertanya lagi utk lebih kepastian. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Adalah tidak menjadi kesalahan bagi pihak kedai atau syarikat untuk menggunakan khidmat pihak ketiga di dalam proses urusan pembayaran pembelian di dalam perniagaan oleh pelanggan. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada kaedah atau akad yang digunakan di antara oleh pihak ketiga dan pelanggan. Seandainya kaedah atau akad yang digunakan menepati syarak, maka pihak syarikat terselamat di dalam perkara ini . Walau bagaimanapun, seandainya kaedah atau akad yang digunakan tidak menepati syarak seperti mengandungi unsur riba dan sebagainya, maka pihak syarikat turut bersubahat di dalam perkara dosa dan kemungkaran.  

Firman Allah SWT  di dalam surah Al-Maidah, ayat 2:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 136

message user image