BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz/Ustazah,

Saya ada permasalahan mengenai haid. Saya berumur 37 tahun dan memang mempunyai masalah haid tidak teratur. Saya sedang mendapatkan rawatan drpd hospital & sedang memakan ubat hormon utk membaiki masalah ini.

Soalan saya, pd 27 feb - 10 march, sy telah didatangi haid selama 12 hari (mmg normal period sy panjang), & kemudian darah berhenti pd 11 march - 17 march (7hari). Kemudian darah haid sy keluar semula pada 18 march - 23 march (6 hari), dan berhenti pd 24-30 march (7hari & sy telah menunaikan puasa ganti sepanjang waktu ini kerana sy beranggapan sy sedang mengalami waktu suci wlupun jangka masa period sy pendek sblm ini kerana sy ingat ubat yg sy makan telah mendatangkan hasil). Namun bermula pd 30 march slps Isyak sehingga sekarang, sy masih mengalami pendarahan & sy agak confius utk menganggap samada ini darah haid atau darah istihadah. Buat masa ini sy masih puasa & solat spt biasa sebab sy x pasti dgn status sy. Melihat drpd keadaan & bau darah spt darah haid tetapi sy jadi confius sebab jangka masa waktu haid & waktu suci spt tidak cukup. Harap dpt pencerahan dr pihak mufti secepat mungkin. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, ketidakaturan tempoh haid dan sela masa suci boleh terganggu disebabkan pengambilan ubatan tersebut. Secara umumnya, tempoh haid terbahagi kepada tiga bahagian iaitu minimum, maksimum dan kebiasaan. Tempoh minimum haid adalah sehari semalam iaitu 24 jam, tempoh maksimum haid ialah 15 hari 15 malam dan kebiasaan haid adalah 6 atau 7 hari. Manakala tempoh minimum suci antara dua haid ialah 15 hari, maksimum suci antara dua haid ialah tiada had dan  tempoh suci kebiasaan haid ialah menyempurnakan baki sebulan selepas haid  iaitu 23 atau 24 hari.

Sehubungan itu, berdasarkan kepada kenyataan puan, maka :

1. Tempoh masa antara 27 Feb hingga 10 Mac (12 hari) adalah dikira sebagai darah haid bagi kitaran yang pertama.

2. Tempoh masa antara 18 Mac hingga 23 Mac adalah dikira sebagai darah fasad atau darah rosak atau darah istihadhah kerana berlaku dalam tempoh suci antara 2 kitaran haid.

3. Tempoh masa antara 30 Mac hingga 14 Mac (tarikh soalan dihantar dan kami andaikan darah masih keluar) adalah 16 hari dan ia telah melebihi tempoh had maksimum haid iaitu 15 hari. Maka darah yang keluar pada 14 Mac dan seterusnya dianggap sebagai darah istihadhah. 

Dinasihatkan puan untuk buat catatan/rekod bagi rujukan pada masa-masa akan datang jika berlaku perkara yang sama supaya lebih faham. Ini kerana setiap wanita mempunyai masalah haid masing-masing, dan hanya puan lebih memahami kondisi puan sendiri.

الله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 76

message user image