BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Ibu Saya baru meninggal pada Nov 20, 2021. Anak anak ibu cuma Saya dan Abang Saya. Tapi Abang dah  meninggal dahulu dari ibu pada tahun 2019.

untuk agihan barang kemas Arwah Ibu, Saya ingin tahu selain dari saya siapa lagi Waris Waris lain? Adakah anak2 arwah Abang Saya Waris yang sah  untuk agihan harta pusaka arwah ibu? Kalau mereka ada hak - berapa kah bahagian mereka? Arwah Abang ada 3 anak lelaki dan 4 anak perempuan.

untuk pengetahuan, suami ibu dan semua adik beradik ibu (adik, Abang, kakak) semua dah meninggal dahulu sebelum ibu.

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Anak lelaki/cucu lelaki kepada anak lelaki merupakan asobah ketika ketiadaan/kematian bapa. Walau bagaimanapun, cucu lelaki kepada anak lelaki terhijab sekiranya terdapat saudara lelaki bapa/adik beradik lelaki bapa yang masih hidup. Berdasarkan kenyataan yang dibuat, puan merupakan waris tunggal, maka anak-anak lelaki kepada abang puan merupakan penerima asobah (menerima semua baki selepas semua ashabul furudh mendapat bahagian mereka). Mana kala anak-anak perempuan abang puan menerima asobah bersama anak-anak lelaki abang puan dengan kadar nisbah 2 bahagian lelaki dan 1 bahagian perempuan.

Puan mendapat 1/2 dari keseluruhan harta pusaka, berdasarkan kepada firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 11:

وَإِن كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ

Maksudnya: Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu.

Baki dari harta pusaka tersebut, iaitu 1/2 bahagian, akan dibahagikan kepada anak-anak abang puan dengan kadar 2 nisbah 1. Ini berdasarkan kepada firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 11:

لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنثَيَيْنِ

Maksudnya: Bagi bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.

Kaedah pembahagian adalah seperti berikut:

Anak Perempuan tunggal/puan: 1/2 = 10/20 

Cucu lelaki 1:                                   = 2/20

Cucu lelaki 2:                                   = 2/20

Cucu lelaki 3:                                  = 2/20

Cucu prempuan 1:                          = 1/20

Cucu prempuan 2:                          = 1/20

Cucu prempuan 3:                          = 1/20

Cucu prempuan 4:                          = 1/20

Untuk lebih kepastian Puan boleh dapatkan nasihat Faraid daripada Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor ditalian 03-55143400 /3772

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 79

message user image