BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

saya nak tanya kalau perempuan yg dah monopos, kemudian keluar darah dari farajnya, adakah hukum darah tersebut sama dgn hukum darah haid ya?

 

Terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, bagi perempuan yang telah menopause, darah yang keluar selepas usia menopouse sekiranya mencukupi syarat serta sifat darah haid maka ia dianggap sebagai darah haid. Seandainya tidak, maka ia dianggap sebagai darah istihadhah

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 131

message user image