Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum mufti,saya nak tanya,adakah menelan air liur yang berada di atas bibir boleh membatalkan puasa seseorang?....Adakah perkara tersebut batal secara ijmak menurut ulamak?.... Seandainya terdapat perbezaan pendapat bolehkah saya mengambil pendapat bahawa tidak batal menelan air liur yang berada di atas bibir?...Mohon pencerahannya mufti
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
1. Menelan air liur yang telah terkeluar pada zahir bibir mulut dengan sengaja adalah membatalkan puasa. Kami tidak dapat memastikan seandainya hukum tersebut mencapai ijmak. Sepanjang pengetahuan kami, kami tidak menjumpai pandangan lain selain pandangan yang kami nyatakan ini.
2. Sekiranya ada pandangan lain yang berbeza, tuan mestilah memastikan ianya dari sumber yang benar, memahami hujah serta dalil yang dinyatakan oleh pandangan tersebut, dan tuan perlu merujuk perkara tersebut kepada pihak yang berautoriti.
والله أعلم بالصواب