BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

 

Pertanyaan saya, saya memakai gigi palsu dan sekaligus memakai pelekat gigi palsu yang biasa polident. Apa hukum puasa saya sekiranya pelekat tersebut cair didalam mulut dan tertelan tanpa sedar.

Mohon penjelasan

Sekian terima kasih

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, perbuatan yang dilakukan tanpa sengaja seperti tertelan sesuatu sama ada makanan atau selainnya yang berada di dalam mulut adalah tidak membatalkan puasa. Ini kerana ia berlaku tanpa sedar.

Walau bagaimanapun, saudara hendaklah mengambil langkah lebih berhati-hati dan berwaspada bagi memastikan tiada sesuatu bahan luar yang tertelan masuk.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 205

message user image