BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.,

Saya ada beberapa soalan yang telah lama bermain di fikiran,

1. Adakah puasa terbatal jika saya dan isteri bercumbu / menghisap lidah di siang hari pada bulan ramadhan?

2. Adakah puasa terbatal jika saya dan isteri melakukan oral seks seperti menjilat / menghisap kemaluan tanpa keluar air mani?

3. Apakah kaffarah akan menjadi double jika saya melaksanakan persetubuhan di siang hari sebanyak 2 kali pada hari berbeza pada bulan ramdhan? Contoh, adakah saya perlu membebaskan 2 orang hamba di sebabkan melaksanakan 2 kali persetubuhan pada hari berbeza?

 

Sekian.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

RAMADAN merupakan satu anugerah dan sebuah hadiah yang paling berharga kepada umat Nabi Muhammad SAW yang mana bulan ini sangat istimewa kerana Allah SWT mengkhususkannya kepada umat Islam sahaja. Maka inilah saat-saat yang sentiasa ditunggu saban tahun oleh seluruh umat Islam di dunia untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah SWT, meraih sebanyak mungkin pahala, melakukan sebanyak mungkin amal ibadah semata-mata mencari reda-Nya. Saat ini jugalah umat Islam bersungguh-sungguh merayu agar diberikan keampunan dan dihapuskan segala dosa-dosa yang pernah dilakukan sambal mengharapkan Allah SWT mengurniakan Syurga Firdaus al-‘Ala.

Dalam kita menjaga kesucian Ramadhan, beberapa tindakan yang bermain dalam kehidupan seharian perlu diambil perhatian kerana tanpa sedar ia mampu menjejaskan puasa yang ditunaikan. Secara umumnya, perkara-perkara tersebut dapat dikategorikan kepada tiga keadaan yang utama, iaitu perkara yang membatalkan puasa, perkara yang makruh ketika berpuasa, dan perkara yang diharuskan semasa berpuasa (mubah).

menjawab persoalan yang dinyatakan, kami nyatakan bahawa antara perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah:

a) Makan dan minum dengan sengaja. Batal sama ada sedikit atau banyak.
b) Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.
c) Sengaja muntah.
d) Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
e) Beronani. Yakni mengeluarkan air mani.
f) Datang darah haid atau nifas; dan
g) Gila dan murtad.

1. Hukum suami isteri bercumbu-cumbuan di siang hari bulan Ramadhan.

Saidatina A’isyah R.A mengatakan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كَانَ أَمْلَكَ لإِرْبِهِ

Maksudnya: Adalah Rasulullah S.A.W itu mencium dalam keadaan berpuasa dan baginda juga bermesra-mesraan dalam keadaan berpuasa akan tetapi baginda yang paling memiliki anggotanya (menahan nafsu). (Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis di atas, dapatlah kita ketahui bahawasanya baginda Rasulullah S.A.W juga mencium dan bermesraan dengan isteri baginda.  Pendapat dalam mazhab al-Imam al-Syafie adalah sebagaimana yang dikatakan oleh Imam al-Nawawi berikut :

Kami telah nyatakan bahawa mazhab kami adalah makruhnya ia (bercumbuan dan bermesraan) bagi sesiapa yang kuat syahwatnya (teransang). Manakala tidak dimakruhkan bagi selainnya (yang mampu kawal nafsu) dan yang utamanya perbuatan ini ditinggalkan. Sekiranya seseorang yang kuat nafsunya mencium dan tidak keluar air mani maka puasanya tidak batal.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiduna Umar Ibn al-Khattab beliau berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ صَنَعْتُ الْيَوْمَ أَمْرًا عَظِيمًا قَبَّلْتُ وَأَنَا صَائِمٌ ‏ قَالَ ‏‏أَرَأَيْتَ لَوْ مَضْمَضْتَ مِنَ الْمَاءِ وَأَنْتَ صَائِمٌ

Maksudnya: Wahai Rasulullah, hari ini aku telah lakukan sesuatu yang berat. Aku telah mencium dalam keadaan aku berpuasa. Maka Rasulullah S.A.W menjawab: Apa pendapat kamu sekiranya kamu berkumur-kumur dalam keadaan kamu sedang berpuasa ? (Riwayat Abu Daud)

Ketika mengulas hadis ini, Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Baginda S.A.W mengumpamakan perbuatan mencium itu dengan berkumur. Dan telah sabit bahawa jika seseorang itu berkumur lalu air sampai ke dalam rongganya maka itu membatalkan puasa. Sekiranya air tidak sampai maka ia tidak membatalkan.

Walau bagaimanapun, bercumbuan dengan cara menghisap lidah lalu menelan air liur pasangan maka pasangan yang menelan air liur tersebut terbatal puasanya. 

2. Adapun bagi suami isteri yang melakukan oral seks seperti menjilat atau menghisap kemaluan tanpa keluar air mani, maka ianya tidak membatalkan puasa selagimana tidak berlaku perkara-perkara yang dikategorikan sebagai membatalkan puasa seperti yang dinyatakan di atas. Namun harus diingat bahawa perbuatan ini sekiranya tidak membatalkan puasa sekalipun,  ia tetap merupakan  perbuatan yang mencemarkan kehormatan bulan Ramadhan yang mulia, dan boleh menjadikan puasanya sia-sia. Seandainya terdapat cairan yang keluar seperti air mazi kemudian menelannya maka ia adalah najis dan membatalkan puasanya.

3. Sekiranya suami isteri melakukan persetubuhan pada siang hari bulan Ramadhan pada 2 hari yang berbeza, maka kaffarahnya adalah berganda.

Dalam hal ini Wajib seseorang suami membayar kaffarah. Dan tidak dikenakan ke atas perempuan walaupun ia berpuasa. Ini kerana hak yang membayar kaffarah jimak dikhususkan ke atas lelaki bukan perempuan seperti mahar. Kerana perbuatan menyetubuhi disandarkan kepada lelaki, maka wajib ke atasnya kaffarah. Oleh itu, perempuan hanya wajib mengqada puasanya sahaja.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 1802

message user image