BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam, 

Adakah boleh menyucikan najis menggunakan spray yang diisi dengan air mutlak? Sebagai contoh, burung berak di atas penyidai baju di luar rumah. Sy hilangkan ain atau zat najis tu menggunakan tisu. Kemudian menggunakan air mutlak yg diisi dlm botol spray. Dan spray ke tempat yang terkena taik burung tersebut. Adakah suci tempat tersebut?

Terima Kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, adapun menyuci kawasan terkena najis dengan mengunakan kaedah spray yang berisi air mutlak adalah diharuskan dengan syarat dihilangkan ain najis terlebih dahulu (sepertimana yang telah tuan lakukan) dan air spray itu mengalir di kawasan yang terkena najis. Ini bermakna perlu spray banyak sehingga kelihatan mengalir dan dipastikan hilang bau, warna dan rasanya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 199

message user image