BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalam ustaz,saya ada masalah air liur berbau walaupun bukan selepas tidur (air liur basi) dan dia kerap keluar kalau saya meludah kahak ketika bulan puasa menyebabkan mulut saya acap kali rasa mcm bnde pelik (seperti masam²) di kwsn tekak...walaupun saya dh kumur,masalah ni akan timbul semula bahkan seharian saya meludah sahaja nk mengelakkan telan tpi ada kala saya menelan juga kerana payah menjaga seperti situasi di dalam kereta atau sedang bekerja...mcm mn dgn puasa saya ustaz? Apakah sah?

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين ، أما بعد

Puasa adalah menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar (waktu subuh) sehingga terbenam matahari (waktu maghrib) dengan niat berpuasa. Di antara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam badan melalui rongga terbuka iaitu mulut, hidung, telinga dan dua kemaluan. 

Dalam memastikan tiada sisa makanan dalam mulut masuk ke dalam badan, kita disunatkan untuk bersugi selepas bersahur. Namun sekiranya telah sempurna membersihkan mulut tetapi masih terdapat rasa masam atau bau pada air liur maka perkara tersebut tidak membatalkan puasa. Dalam konteks ini, puasa hanya akan batal sekiranya dengan sengaja menelan air liur yang bercampur dengan sisa makanan atau sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185; 

 يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya : Allah mengehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (bilangan hari berpuasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

Islam adalah agama yang terbaik dan tidak membebankan ummatnya dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 126

message user image