BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikun...

 

Saya nak tanya.... Ada sekali saya terlalu marah kepada isteri saya dan kami bergaduh dalam whatapp... Kemuadian isteri block saya dan unblock saya balik... Kerana terlalu marah saya kata "kalau block lagi sekai aku ceraikan kau"... Kemudian isteri block saya semula.. dan selang beberape minit dia unblock kembali... Saya menyatakan lafaz dalam keadaan yang saya tidak boleh kawal perasaan saya dan saya tidak ada niat untuk ceraikan isteri saya .. 

 

Mohon penjelasan dan apa yang perlu saya lakukan

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Lafaz yang diucapkan itu termasuk dalam cerai secara taklik. Taklik adalah lafaz yang diucapkan oleh suami sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya perlanggaran terhadap apa yang disyaratkan itu.Taklik bermaksud : menggantungkan perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan seperti kata suami kepada isterinya: “kalau kau keluar rumah, aku ceraikan kau.” Sekiranya berlaku perlanggaran pada syarat taklik tersebut iaitu isteri keluar rumah, maka berlakulah perceraian. Lafaz talak atau taklik yang dilafazkan secara sorih atau jelas tidak memerlukan niat untuk berkuatkuasa. Berbeza dengan lafaz kinayah atau kiasan yang memerlukan niat seperti kata-kata suami kepada isterinya: "kalau kau keluar rumah, aku lepaskan kau". 

Namun, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah, maka adalah disyorkan agar tuan merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 134

message user image