BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

saya ada beberapa soalan ingin bertanya kepada pihak tuan/puan.

  Pertama sekali, soalannya "saya bekerja sebagai pembantu jualan disebuah kedai telefon, ada pelanggan datang beli barang dengan harga sebagai contoh rm 200, dalam resit beharga rm200 kemudian saya memberi diskaun sebanyak rm50. So barang berkenaan menjadi rm150, lagi rm50 saya amik untuk diri saya. Apakah hukumnya?

 

  Kemudian, saya dah bertaubat dan rm50 tadi tu saya harus pulangkan kepada pelanggan atau kepada majikan saya ? 
 

  Keduanya, kalau sebelum-sebelum ni saya pernah berbuat perkara sama seperti diatas, bagaimana harus saya lakukan ? Kalau saya sudah lupa dengan pelanggan yang mana satu macam mana ?

 

  Ketiga, kalau saya ingin pulangkan barang/ganti barang yang pernah saya ambil dari orang sebelum ni perlu ke saya bagitahu sebab apa saya pulangkan barang tu ? Atau saya hanya cukup sekadar bagitahu yang barang tu saya hadiahkan kepada tuan punya badan ? Tanpa memberi tahu saya pernah mengambil barang beliau sebelum ini
 

itu sahaja pertanyaan saya, harap dapat maklum balas dari pihak Tuan/Puan secepat mungkin. 
 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام  ورحمة الله وبركاته 

..الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, perbuatan saudara mengambil wang RM50.00 tersebut adalah salah dan hukumnya berdosa kerana wang tersebut adalah milik tuan kedai telefon tersebut. Saudara wajib memulangkan semula wang tersebut kepada pemilik kedai.

Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Baqarah: 188:

بِالْبَاطِلِ وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu memakan/mengambil harta di kalangan kamu dengan cara yang batil/salah”.

Bagi kes yang kedua saudara juga wajib memulangkan wang tersebut kepada pemilik kedai.

Manakala bagi kes ketiga pula, adalah lebih baik bagi saudara berterus terang kepada pemilik barang tersebut dan meminta maaf. Walau bagaimanapun, seandainya dengan berterus terang menyebabkan keadaan atau hubungan menjadi tidak baik, adalah memadai dengan memberikan atau memulangkan barang yang diambil kepada tuannya tanpa menjelaskannya.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 208

message user image