BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah menonton video agama dikira dapat pahala pergi ke majlis ilmu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, menonton dan mendengar video kuliah agama tidaklah sama sebagaimana kita sendiri hadir dalam majlis-majlis ilmu. Namun, kita juga mendapat pahala dengan sebab mendengar dan menonton perkara-perkara yang baik lebih-lebih lagi ilmu agama untuk diambil pengajaran dan peringatan serta mengingatkan kita terhadap hukum hakam Allah SWT walau di mana jua kita berada. Firman Allah SWT yang bermaksudnya : “(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” (ali-Imran : 191) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 161

message user image