BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam..

Mohon pencerahan berkaitan:

Bagaimana dengan keluarga angkat keluarkan nama bapa kandung & gabungkan nama dengan nama bapa angkat??

Cth nama asal muhammad saiful bin aris

Nama didaftarkn (jpn/ic) muhammad saiful misnan..sekarang udah berkahwin & ada anak..

Pendaftaran Nama anak di jpn berbinti kan muhammad saiful misnan(mengikut i/c) ..

Hukum hakam berkaitan.. jika berkahwin/wali terdekat anak berkenaan bagaimana kah??

 

Terima Kasih..


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Para ulama bersepakat bahawa adalah haram menisbahkan (bin/binti) anak angkat kepada bapa angkatnya. Perkara ini jelas dinyatakan di dalam surah al-Ahzab, ayat 5:

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ فَإِنْ لَمْ تَعْلَمُوا آبَاءَهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Bermaksud: Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Amat jelas penamaan seperti di atas merupakan helah yang boleh mengelirukan orang ramai termasuk si anak yang ditipu oleh ayah angkatnya. Jelas juga wujud unsur penipuan atau membawa kepada penipuan. Penipuan di dalam Islam haram hukumnya di sisi syarak.

Bagi persoalan pernikahan seorang lelaki yang dibinkan dengan bapa angkat hukumnya adalah sah. Manakala perkahwinan anak perempuan itu adalah sah sekiranya bapa kandungnya sendiri yang menikahkannya walaupun bapa kandungnya itu berbinkan bapa angkat.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 222

message user image