BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya meluahkan perasaan saya berkaitan nafkah zahir kepada suami dan berlaku sedikit pertelingkahan. Saya cuma ingin mendapatkan kepastian hukum kepada ayat di bawah yang telah diluahkan suami saya: "Kalau i tak mampu (Beri nafkah) lagi lepas ni, i akan bagi u hak u yang sepatutnya."


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perkataan “kalau i tak mampu (beri nafkah ) lagi lepas ni, i akan bagi u hak u yang sepatutnya” adalaha lafaz kinayah iaitu lafaz yang merujuk kepada niat suami. Jika niat adalah bercerai maka jatuhla, namun sebaliknya maka tidak jatuh talak. Walaubagaimanapun saudara boleh merujuk kepada bahagian undang-undang keluarga jabatan agama islam atau mahkamah syariah yang berdekatan untuk maklumat yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 87

message user image