BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamuaikum,

Minta pencerahan.

Apakah menjadi satu kesalahan ketika sembahyang Jumaat Saya tidak melakukan solat sunat  Kabliyyah dan Ba'diyyah.Malah kedua2 solat sunat itu saya gantikan dengan solat qada subuh.Dan solat qada subuh pula Saya lakukan tanpa Qunut dan sujud sahwi.

Dan Saya sering juga melakukannya pada solat tarawikh.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته ...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه

Merujuk kepada persoalan saudara, hukum melakukan solat sunat qabliyah dan ba'diyah adalah sunat. Sekiranya tidak melakukan solat rawatib tersebut, maka tidak mengapa dan hukumnya tidak berdosa.

Berkenaan dengan qada solat, apa-apa solat fardu yang perlu diqada' boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ
Maksudnya: Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. Tidak ada kaffarah untuknya melainkan hal tersebut.
(Riwayat al-Bukhari) 

Oleh demikian, apa-apa qada' solat fardu termasuklah solat subuh dibolehkan untuk menggantikan solat rawatib tersebut ketika solat Jumaat kerana qada' solat boleh digantikan pada bila-bila masa kecuali pada waktu yang diharamkan solat. Namun begitu, jika solat subuh tersebut tidak dilakukan doa qunut hukumnya tetap sah kerana hukum membaca doa qunut adalah sunat ab'adh iaitu sunat yang dituntut. Jika seseorang terlupa untuk melakukannya, maka disunatkan untuk melakukan sujud sahwi. Sekiranya tidak sujud sahwi sama ada terlupa atau sengaja, solatnya tetap sah. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 309

message user image