BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum Ustaz/Ustazah,
Saya seorang wanita bekerja berumur 53 tahun. Jawatan saya sering menuntut saya untuk bekerja lebih masa hingga ke malam. Disebabkan oleh masa rehat yang tidak mencukupi, 'eyebag" di bawah mata saya jadi sangat jelas sehingga mengakibatkan saya kelihatan jauh lebih tua dan kelihatan penat sentiasa. Saya jadi kurang yakin kerana sering ditanya sama ada saya cukup tidur atau sakit walaupun saya dapat cukup rehat malam sebelumnya. 
Di pusat rawatan kecantikan kepunyaan muslim sekarang mempunyai beberapa prosedur untuk mengurangkan eyebag yang seperti yang saya alami seperti suntikan collagen dan juga pembedahan kecil. Doktor yang memberi khidmat memaklumkan bahawa prosedur ini dibenarkan oleh agama dia ia sama seperti rawatan membuang jeragat atau kutil-kutil pada muka. Suntikan untuk eyebag akan mengempiskan eyebag saya  selama lebih kurang 6 bulan manakala pembedahan kecil itu akan mengempiskan eyebag saya  selama 5 hingga 6 tahun. Adakah prosedur ini dibenarkan disisi agama? Suami saya membenarkan prosedur ini dilakukan jika agama membenarkan. Mohon pencerahan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام  ورحمة الله وبركاته 

..الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, hukum membuat rawatan menggunakan kaedah suntikan collagen dan pembedahan bagi tujuan mengempiskan eyebag adalah diharuskan sekiranya bertujuan bagi menutup aib dan menambahkan keyakinan diri. Bagaimanapun, puan perlu memastikan dan mengambil perhatian dalam beberapa perkara seperti berikut; 

i) Kandungan bahan dalam suntikan collagen tersebut adalah suci dan halal.

ii) Suntikan tersebut tidak membawa kepada kemudaratan kepada diri.

iii) Tujuan melakukan suntikan tersebut adalah bagi menutup segala keaiban diri serta menambah keyakinan diri bukan bertujuan untuk kecantikan.

Islam membenarkan apa sahaja bentuk rawatan dan juga prosedur bagi menutup segala cela dan aib pada diri seseorang selama mana ia tidak bertujuan untuk kecantikan yang merubah kejadian dan ciptaan Allah SWT. Rawatan tersebut juga tidak berniat untuk mempamerkan kecantikan diri sebagai tontonan khalayak ramai.

 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 503

message user image