BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan. Apakah hukum atau status solat jika membetulkan sebutan salam pertama selepas tahiyyat akhir tetapi perkataan yang dibetul kan itu hanya 'warahmatullah' sahaja. Bukan bahagian 'Assalamualaikum'. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين ، أما بعد

Memberi salam pertama merupakan rukun solat yang wajib disempurnakan selepas tahiyyat akhir bagi memastikan solat yang didirikan sah. Sekurang-kurang memberi salam adalah dengan menuturkan lafaz  السلام عليكم   walaupun makruh, manakala lafaz yang sempurna adalah  السلام عليكم ورحمة الله.

Sekiranya dalam sebutan salam pertama terdapat kesalahan pada lafaz  السلام عليكم , maka kesalahan tersebut wajib diperbetulkan kerana ia merupakan sekurang-kurang rukun memberi salam. Seandainya gagal memperbetulkannya dalam keadaan mengetahui rukun tersebut, maka solat tidak sah dan wajib diulang semula.

Adapun jika terdapat kesalahan pada lafaz ورحمة الله maka ia tidak membatalkan solat namun sunat diperbetulkan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 122

message user image