BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan faraid
Assalamualaikum wbt, Ustaz/ Ustazah. Saya ada persoalan berkenaan dengan harta pusaka.

Arwah ayah saya ada tinggalkan beberapa hartanah seperti tanah dan rumah.

saya ada seorang mak dan 5 orang adik beradik lelaki, 2 bawah 18 tahun.

1. Bolehkah semua ahli keluarga bersepakat meletakkan 1 nama (atas nama mak) pada semua hartanah arwah atas faktor untuk memudahkan urusan? tetapi kos perbelanjaan hartanah (cukai, bill penyelengaraan & lain-lain) digunakan daripada hasil sewa hartanah tersebut dahulu dan bakinya dibahagi mengikut faraid atau persetujuan bersama.

2. Bolehkah duit sewa tersebut digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga atas persetujuan semua ahli keluarga walaupun belum mendapat surat faraid daripada mahkamah. Adakah itu dibolehkan?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

1. Diharuskan meletakkan nama ibu bagi memudahkan pengurusan hartanah tersebut. Walau bagaimanapun, pembahagian secara faraid perlu dilakukan dengan tepat mengikut ketetapan syarak. Diharuskan menggunakan hasil sewaan hartanah tersebut bagi perbelanjaan atau penyenggaraan hartanah seperti cukai dan sebagainya, dan bakinya dibahagikan secara faraid. Adapun pembahagian dengan cara persetujuan boleh dilakukan seandainya kesemua waris telah memcapai usia baligh. Jika terdapat waris yang belum baligh, maka perlu dipastikan bahawa waris itu berhak mendapat bahagian faraidnya.

2. Hasil duit sewaan dari hartanah tersebut boleh digunakan untuk perbelanjaan keluarga dengan persetujuan semua ahli waris tanpa berkecuali, dengan syarat kesemua waris telah sampai umur baligh seperti di atas. Ia harus dilakukan sebelum mendapat surat faraid dari mahkamah. 
 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 237

message user image