BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

saya ingin bertanya mengenai status lafaz talak.

begini ustaz, saya bertengkar dengan suami  dan banyak isu berbangkit. dua-dua dalam keadaan marah. saya memaksa suami bersumpah dengan nama Allah yang betul suami saya tak cakap ayat yang saya maksudkan. lepastu saya ulang dan suami ikut

ayat lafaz macam ni

"demi Allah kalau kau cakap macam tu(saya maksudkan time bertengkar) jatuh talak 3. suami ikut ayat tu. dan suami memang pasti dia tiada cakap seperti yang saya maksudkan . dan bila saya suruh suami keluar rumah. suami cakap. "kenapa pula memang betul abang tak cakap macam tu pun" adakah dah jatuh  talak3?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Cerai taklik atau talak taklik bermaksud mengaitkan berlaku atau jatuh talak dengan sesuatu. Seperti kata-kata suami kepada isterinya: "Kalau kau keluar rumah, terceraikan kau talak satu". Jika isteri itu keluar rumah, maka jatuhlah talak. Talak taklik juga disebut sebagai talak bersyarat.

Merujuk kepada soalan puan yang mana suami puan ada melafazkan kata-kata kepada puan: "Demi Allah kalau abang cakap macam tu (yang dimaksudkan time bertengkar) jatuh talak 3". Ia merupakan lafaz taklik. Sekiranya berlaku sebagaimana yang dinyatakan iaitu suami cakap sepertimana yang dinyatakan, maka berlakulah talak atau perceraian. Namun sekiranya suami menafikan atau tidak cakap seperti yang dinyatakan, maka talak tidak berlaku. 

Sekiranya masih berlaku pertikaian terhadap lafaz tersebut, maka adalah disyorkan agar puan dan suami merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 122

message user image