BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

1.Asslamualaikum kepada pihak berkenaan saya ingin menanya mengenai anak yang boleh di "BIN "kan dengan nama bapanya atau  "Abdullah". Saya telah megandung anak luar nikah tapi tempoh sebelum saya 3 bulan  mengandung saya sudah nikah secara sah apakah anak yang dilahirkan nanti sewaktu buat surat beranak boleh di "BIN "kan nama bapanya dalam surat beranak???


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menurut Garis Panduan Mengenai Anak Tidak Sah Taraf Menurut Hukum Syara' yang telah diwartakan pada 28 April 2005, sighah berkaitan anak tak sah taraf menurut hukum syara’ ialah :

(1) Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau melalui cara sainifik yang bertentangan dengan hukum syara’.

(2) Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu “Imkan ad Dukhul” dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat.

(3) Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari segi waktu “Imkan ad Dukhul” selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara’ bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syara’.

Berdasarkan pertanyaan puan, perkara (3) adalah berkaitan sebagai jawapan kepada pertanyaan puan tersebut. Anak itu adalah anak tidak sah taraf dan tidak boleh berBINkan orang yang menyebabkannya mengandung tetapi hendaklah berBINkan Abdullah atau nama-nama Allah yang lain.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 65

message user image