Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Adakah kos penempatan isteri yang kematian suami beriddah 4 bulan 10 hari merupakan perkara yang wajib ditunaikan terhadap harta pusaka si mati(suami).
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة
الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan puan, sebelum pembahagian harta pusaka, waris–waris wajib menyelesaikan perkara berikut :
Kos penempatan isteri yang kematian suami tidak termasuk perkara yang wajib ditunaikan terhadap harta pusaka si mati (suaminya). Walau bagaimanapun, selain berhak mendapat bahagian harta pusaka, balu juga berhak membuat tuntutan harta sepencarian ke atas harta pusaka arwah suaminya sebelum harta tersebut difaraidkan kepada ahli waris yang layak.
والله أعلم بالصواب