BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam, Isteri saya sekiranya marah selalu mengeluarkan kata 'ceraikan aku'. Jadi saya telah menetapkan sekiranya dia mengeluarkan kata itu sekali lagi dia perlu membeli saya komputer riba. Satu hari, saya dan isteri ada pertenglikahan melalui telefon. Dia mengeluarkan kata di atas 'ceraikan aku' dengan nada marah. Saya berniat ingin menjawab 'ok kena beli laptop la macam tu', belum sempat saya menghabiskan ayat saya seperti di atas, dia telah menutup telefon di saat saya berkata 'ok'. Adakah jatuh talak? Terima kasih menjawab kemusykilan saya


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam isu ini persoalan talak sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak tuan itu, kami berpandangan ia masih terikat di peringkat cadangan atau hasrat untuk menceraikan isteri. Kenyataan tuan yang menyatakan kalau isteri berkata "ceraikan aku" maka isteri perlu belikan komputer riba, mungkin boleh difahami daripada kenyataan itu bahawa kalau isteri berkata "ceraikan aku" dan selepas itu isteri belikan komputer riba dan selepas itu barulah suami lafazkan cerai kepada isterinya. Jika ini maksud kenyataan tuan, maka persoalan talak itu masih di peringkat hasrat yang akan dilaksanakan bila tuntutan atau syarat yang diminta oleh pihak-pihak dipenuhi terlebih dahulu. Lafaz tersebut tergantung ke atas niat orang yang melafazkannya.

Walaubagaimana pun, seandainya tuan masih ragu, adalah disyorkan agar tuan merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 152

message user image