BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

1 Jika seseorang tiada pengetahuan   tentang amalan mazhab shafie dan amalan nya adalah  ikut amalan masyarakat sekeliling dimana dia berada   tanpa mengetahui  adakah ikut mazhab shafie atau tidak..Adakah seseorang itu dikira sebagai pengikut mazhab shafie ..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Bagi masyarakat yang hanya mengikuti amalan setempat tanpa mengetahui dalil atau hujah bagi sesuatu amalan dalam mazhab tertentu digelar sebagai ‘muqallid’. Taqlid ialah beramal dengan suatu pendapat orang lain tanpa mengetahui hujah atau dalilnya.  

Oleh yang demikian, seseorang itu boleh dianggap sebagai pengikut (muqallid) atau bermazhab dengan mazhab Syafi'i walaupun dia tidak mengetahui mazhab apa yang diamalkan oleh masyarakat sekeliling yang dia ikuti sekiranya amalan tersebut bertepatan dengan mazhab Syafi'i.


والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 177

message user image