Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t., saya merasakan terdapat gaji yang masuk kedalam akaun saya dahulu adalah bukan hak saya dan ingin memulangkan semula, namun terdapat kesulitan bahawa perkara tersebut telah berlalu berbelas tahun dan proses memulangkan agak rumit kerana syarikat lama tersebut tidak wujud lagi (disebabkan masalah lain), bertukar milik serta pengurusan adalah berbeza.
Malah proses akan menjadi lebih rumit oleh kerana tiada alasan kukuh, rekod yang mungkin tidak wujud atau sukar untuk disahkan\dibuktikan, kesukaran mendapatkan maklumat berkaitan malah mungkin menyebabkan kesulitan yang lain selain menyebabkan ia menjadi berlanjutan.
Apakah jalan terbaik untuk ini, adakah saya harus menyerahkan wang tersebut kepada Baitulmal dan fakir miskin? Mohon penjelasan dan pendapat kerana kesulitan untuk saya mengesahkan serta membuat keputusan oleh kerana faktor yang disebut diatas serta kebarangkalian yang lain yang memudaratkan. Sekian Terima Kasih
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada soalan yang diajukan, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah memastikan jumlah sebenar wang yang bukan hak milik tuan. Setelah mendapat jumlah yang diyakini langkah seterusnya adalah dengan pergi ke Baitulmal Majlis Agama Islam yang terdekat dengan tempat tuan bagi urusan penyerahan wang tersebut kepada pihak Baitulmal sebagaimana Subseksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu, “Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.”
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.