Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Maaf saya hendak bertanya apakah hukum sunat kucing jantan kerana kucing selalu bergaduh sehingga luka ketika mencari pasangan,hilang ketika musim mengawan dan kucing kencing merata dirumah serta rumah jiran.selain itu kucing betina liar asyik beranak kerana kucing jantan saya sehingga mengganggu jiran sekeliling disebabkan najis nya dan lain - lain lagi.saya keliru akan hukum harus atau haram.
harap di jawab kerana tiada yang jawapan yang jelas untuk soalan di atas
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang bersidang pada 3-4 April 2002 telah membincangkan Hukum Mengembiri Binatang Kesayangan. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah.
والله أعلم بالصواب