Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam.
Saya PJJ dengan isteri saya, saya bekerja di lembah klang dan isteri saya menetap di Perak.
Saya akan gerak ke Lembah Klang pada pagi isnin dan pulang ke Perak pada hari Jumaat.
Sepanjang tempoh bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat, saya menyewa bilik di sekitar Lembah Klang yang saya bayar secara bulanan.
Boleh ke jamak dan qasar sepanjang tempoh saya di Lembah Klang.
Terima kasih.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد
Solat jamak dan qasar adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-Nya bagi orang musafir dengan jarak melebihi dua marhalah.
Terdapat 3 syarat sah solat musafir jamak dan qasar :
Hukum syarak telah menetapkan waktu maksimum untuk jamak dan qasar solat iaitu 3 hari tidak termasuk hari pergi dan hari keluar. Ini berdasarkan hadis al-Ala` bin al-Hadhrami RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ثَلاَثٌ لِلْمُهَاجِرِ بَعْدَ الصَّدَرِ
Maksudnya: “Tiga hari bagi orang Muhajirin (boleh menetap di Makkah) selepas al-sadar (yakni selesai manasik Haji).” - ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Berdasarkan dalil hadis di atas, Imam Abu Ishak al-Syairazi menyebutkan di dalam kitabnya al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab bahawa : “Jika seorang musafir itu berniat muqim (menetap) empat hari selain hari masuk dan hari keluar maka jadilah sebagai seorang mukim (semata-mata dengan niat itu), dan terpotonglah (yakni terhentilah) rukhsah musafirnya kerana berniat menetap tiga hari tidak menjadikan musafir itu seorang mukim.”
Berdasarkan syarat sah solat musafir jamak dan qasar di atas, tuan tidak diharuskan melakukan solat jamak dan qasar sepanjang tempoh berada di Lembah Klang. Ini adalah kerana tuan telah dikira bermukim dan telah berniat untuk menetap di Lembah Klang melebihi 3 hari kerana bekerja.
والله أعلم بالصواب