Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum orang yang mendukung bayi/kanak kanak atau mendudukkan mereka di atas peha, sekiranya kanak kanak tersebut mempunyai bau hancing pada seluar mereka? Adakah pakaian akan menjadi najis walaupun tiada sebarang bau yang melekat pada pakaian orang tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, tidaklah menjadi najis jika tidak terdapat sebarang bau, warna dan rasa najis pada pakaian orang tersebut. Namun, jika najis tersebut meresap, maka dikira mutanajjis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.