Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt,
Tuan, saya ingin bertanya bagi pihak kawan perempuan yg ada kemusykilan berkenaan perkara di atas. Detail kes adalah seperti berikut di bawah:
• Menikah di Thailand pada 2017 1439H, sbgai isteri ke 2, tanpa pengetahuan isteri pertama.
• Selepas akad nikah, tak pernah duduk sekali sebagai suami isteri
• Selepas 1 tahun akad nikah, pihak isteri mohon dilepaskan suami kerana suami tak dpt jalankan tanggung jawab dan tidak adil.. Proses penceraian dilaksanakan melalui Imam di Thailand.
• Selepas itu (slps 2 tahun), suami hantar whatsapp kata “walaupun hubungan kita bukan lagi sebagai suami isteri, abg berharap sangat supaya hubungan silaturahim kita akan berterusan”
• Ditinggalkan mcm tu saja tanpa ada nafkah zahir batin almost 3 years slps menghantar msj seperti di atas,
Soalan: Adakan sah penceraian cara begini? Mohon pejabat tuan mufti beri kata putus status kawan perempuan saya ini .. Samada sah penceraian dia ni ...
Jazakallah hu khoiron atas pertolongan pihak tuan ..
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
..الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan, setiap pernikahan yang berlangsung di luar negara perlu didaftarkan semula di Malaysia selepas pernikahan. Mana-mana pernikahan yang tidak didaftarkan semula adalah dianggap menyalahi Enakmen Undang-undang Keluarga Islam dan boleh menjejaskan pernikahan tersebut sebagai pernikahan yang tidak diiktiraf dari segi undang-undang di Malaysia. Tanpa pendaftaran tersebut tiada sebarang urusan tuntutan dapat dilaksanakan seperti tuntutan perceraian atau tuntutan nafkah melalui mahkamah Syariah. Justeru, dalam kes ini sekiranya pernikahan tersebut tidak didaftarkan maka segala urusan perceraian tidak dapat dilaksanakan di Malaysia.
Mengikut prosedur yang ditetapkan sekiranya pernikahan tersebut tidak mendapat kebenaran bernikah di luar negara, pasangan perlu membuat pengesahan pernikahan di mahkamah Syariah terlebih dahulu. Apabila mahkamah mengesahkan bahawa pernikahan tersebut sah, maka pada ketika ini pasangan boleh membuat permohonan perceraian atau pun mengesahkan perceraian sekiranya suami ada melafazkan cerai kepada pihak isteri. Sekiranya mahkamah mendapati pernikahan tersebut tidak sah, maka tiada apa-apa perrmohonan perceraian mahupun pengesahan perceraian perlu dibuat.
والله أعلم بالصواب