BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Adakah dibenarkan menggunakan lagu² nasyid sebagai lagu iringan ketika melakukan aktiviti senamrobik ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, secara umumnya melakukan aktiviti senamrobik adalah harus. Namun, ia mestilah mengikut beberapa garis panduan yang dibenarkan dalam Islam seperti tidak bercampur antara lelaki dan perempuan, tempat tertutup (bukan di khalayak ramai), pakaian longgar dan menutup aurat, tidak menimbulkan fitnah serta tidak melalaikan.

Berkenaan lagu iringan senamrobik pula, tak kiralah apa jua genre lagu sama ada irama balada, tradisional ataupun nasyid, mestilah liriknya yang bukan menggunakan ayat al-Quran, hadis dan seumpamanya yang boleh dianggap memperlekehkan kalimah-kalimah suci. Sekalipun ingin menggunakan lagu-lagu nasyid, liriknya juga kenalah yang bersesuaian dan yang bukan mempersendakan agama dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah al-An'am ayat 70 :

وَذَرِ ٱلَّذِینَ ٱتَّخَذُوا۟ دِینَهُمۡ لَعِبࣰا وَلَهۡوࣰا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۚ

Maksudnya : "Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia."

 والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 173

message user image