Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya bekerja di tempat orang bukan Islam dan dua hari lepas saya baru perasan terdapat bulu-bulu anjing yang luruh di lantai pintu masuk office. Adakah perlu saya terus bekerja di sini atau ada cara lain yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, bekerja di tempat orang bukan Islam adalah harus dengan syarat pekerjaan yang dilakukan itu tidak bercanggah dengan syarak. Tentang bulu-bulu anjing yang bertaburan di lantai juga tidak menjadi masalah, kerana keadaannya kering. Bagaimanapun, sebaik-baiknya disapu/ dibersihkan. Puan boleh terus bekerja dengan mengambil langkah lebih berhati-hati. Jika ada pilihan pekerjaan di tempat lain, adalah lebih baik berpindah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.