BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam, Tuan Mufti 
Saya dan adik ipar saya meniaga barang bundle, dan sejak2 pendemik ni perniagaan bundle kami terjejas dan adik ipar sy pulak bertukar meniaga barang copy ORI, jam ,beg dan lain2..Dan ia laku dlm masa 2 thun ni shj dia bole dpt keuntugan belipat kali ganda smpai bole bwa mak ayah dia ke umrah dan buat kan rumah utk mereka..tapi persoalan nya dia mjual dan mgunakan alasan barang itu adalah bundle padahal ia nya terang barang baru dari kotak (bukan bundle)..adakah rezeki dr hasil begini berkat tuan mufti, sebab kebelakangan ini sy selalu tgk isteri,ipar2 sy mak dan ayah mertua sy sering bergaduh. itu yang buat sy terpanggil nk ajukan persoalan dan meminta pandangan dr pihak tuan mufti.Harap dapat membantu. Sekian Salam.


message user image

Jawapan  

  وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga tuan/puan sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Merujuk kepada persoalan, Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an-Nisa' ayat 29:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأۡكُلُوۤا۟ أَمۡوَ ٰ⁠لَكُم بَیۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil.

Berdasarkan ayat di atas, kita dilarang daripada mengambil harta orang lain dengan cara yang batil atau salah seperti menipu dan sebagainya. Hukum membuat/menghasilkan barangan tiruan atau copy ori yang didaftarkan sebagai hakcipta terpelihara adalah haram di dalam Islam jika ia dilakukan tanpa keizinan dari pemilik asal. Ini adalah kerana ia dianggap telah melakukan kezaliman menggunakan atau mengambil hak orang lain secara batil. Mana kala menjalankan perniagaan barangan tiruan merupakan suatu kesalahan dari segi undang-undang yang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Adapun, menjual barangan tiruan dengan mengatakan bahawa ia adalah barangan bundle ia merupakan suatu penipuan di dalam perniagaan.

Walau bagaimanapun, sekiranya jual beli bagi barangan tiruan itu dilakukan memenuhi semua rukun dan syarat jual beli, maka ia adalah transaksi yang sah. 

والله أعلم بالصواب 

 

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 150

message user image