BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..saya mohon pencerahan mengenai situasi di bawah..

Suami kerja di perantauan berjauhan dengan isteri2 dan anak2..isteri pertama masih belum dikurniakan rezeki anak..isteri kedua sudah mempunyai anak yg bersekolah & sekarang sedang mengandung..

Persoalannya adakah salah di sisi agama sekiranya isteri pertama melawat suami yg di perantauan, bermalam di sana, setiap bulan, manakala isteri kedua tidak dapat berbuat demikian disebabkan kekangan anak yg bersekolah & sekarang sedang mengandung..

Adakah haram di sisi undang2 bg isteri pertama melawat suaminya pada setiap bulan, dengan tujuan usaha untuk mendapatkan zuriat juga..

Sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Secara umumnya, Islam tidak melarang bagi isteri-isteri untuk melawat suami mereka yang berada diperantauan, selagimana ia diizinkan oleh suaminya. Yang menjadi kesalahan adalah bila suami tidak melaksanakan giliran bermalam kepada isteri-isterinya sepertimana yang telah dipersetujui bersama. Puan juga perlu memastikan tindakan puan melawat suami tersebut, tidak menyebabkan atau menjejaskan pelaksanaan gilirannya kepada isteri kedua.

Dan adalah lebih baik, agar tidak timbul rasa ketidakpuashatian di kalangan isteri-isteri yang lain, mungkin puan boleh memaklumkan tindakan puan tersebut terlebih dahulu kepada mereka. Seandainya puan ingin menziariahi suami bukan pada tempoh giliran atau melebihi tempoh giliran, maka puan perlu meminta izin terlebih dahulu kepada isteri pemilik giliran tersebut. Semoga dengan demikian, keharmonian rumahtangga yang terbina dapat terus berkekalan dan mampu meraih keberkatan dari Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 124

message user image