BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t, saya nak tanya adakah jatuh talak? Apabila seorang suami menghantar mesej " AKU NAK CERAI"  melalui applikasi Whatsapp di dalam group keluarga dan didalam group itu juga ada si isteri. Mohon pencerahan berkenaan persoalan ini. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam menjawab persoalan puan, di sini terdapat dua isu yang perlu dijelaskan :

1. Isu pertama adalah berkaitan lafaz talak tersebut dihantar melalui mesej atau melalui penulisan atau kitabah. Perkataan talak seumpama ini sekiranya ketika menulis mesej tersebut suami tidak menyebut atau melafazkan secara jelas maka ia dikategorikan sebagai lafaz kinayah. Dan lafaz kinayah ini memerlukan niat suami, kalau suami berniat untuk menceraikan isterinya barulah ia boleh menyebabkan talak itu jatuh, tetapi kalau sebaliknya maka ia tidak menyebabkan talak tersebut jatuh.

2. Isu kedua adalah berkaitan perkataan yang dilafazkan oleh suami “Aku nak cerai". Penggunaan kalimah “nak” dalam lafaz yang suami puan nyatakan dalam mesej tersebut tidak menunjukkan makna yang jelas bercerai seperti ucapan "Aku ceraikan engkau". Boleh jadi “nak cerai” itu bermaksud “baru bercadang untuk bercerai atau baru berhasrat untuk melaksanakan proses perceraian” yang mana ia melibatkan permohonan di mahkamah dan sebagainya.  

Walau bagaimanapun, sebaiknya isu ini dirujuk kepada Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan supaya berlaku proses pengesahan lafaz talak yang lebih jelas daripada pihak yang berautoriti.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 228

message user image