Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Pejabat kami bercadang untuk membuat paperwork/kertas cadangan kepada pengarah berkenaan program 'saving' untuk ibadah korban bagi tahun hadapan 2023.konsepnya ada deposit,pembayaran secara bulanan mengikut amaun yang ditetapkan atau boleh dilebihkan ikut kemampuan.
Jadi saya nk bertanya..apakah hukumnya buat program seperti ini.apa syarat2 yang perlu mengikut hukum kalau kami hendak laksanakan program ni.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk persoalan saudara, hukum membuat Program Menabung Ibadah Korban adalah harus dan sangat digalakkan. Ini adalah kerana ia termasuk dalam bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah yang disyariatkan dalam agama. Tiada syarat tertentu yang ditetapkan oleh Syarak. Pastikan terdapat catatan rekod wang yang diterima daripada ahli, wang tersebut disimpan dengan amanah dan jika tabungan di bank pastikan ianya akaun patuh syariah.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.