BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum,

Saya bekerja di syarikat swasta dan memperolehi benefit seperti optical, dental dan sebagainya. 

Bolehkah saya ingin membuat cermin mata untuk ibu bapa saya sedangkan benefit itu adalah peruntukan untuk saya? Adakah ianya haram? walaupun saya tidak perlu pun benefit tersebut tp ingin membuat cermin mata utk parents saya dan claim dibawah nama saya.

Mohon pencerahan. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan, adalah tidak wajar menyalahgunakan  kemudahan yang telah diberikan oleh pihak majikan dan sekiranya tiada kebenaran, maka haram perbuatan itu untuk diteruskan. Ini adalah bersalahan sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 29:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَأْكُلُوْٓا اَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil. 

Seharusnya sebagai seorang muslim yang taat kepada ajaran agama Islam, pematuhan kepada prosedur yang telah ditetapkan melainkan syarikat ada memberi kelonggaran berkaitan dengan kemudahan tersebut kepada ahli keluarga. Sekiranya tidak ada, tuan perlu memohon kebenaran terlebih dahulu kepada majikan. Sebagaimana hadis yang riwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati. (Riwayat Abu Daud)

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 200

message user image