BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada kemusykilan disini. Bagaimana anak luar nikah perempuan ingin berkahwin tetapi berbintikan bapa biologinya. adakah wanita tersebut perlu tukar bintinya dahulu atau boleh terus daftarkan perkahwinannya dengan menggunakan nama yang berbintikan bapa biologinya??


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, anak tak sah taraf hanya dinasabkan kepada ibu kandungnya sahaja tidak dinasabkan kepada bapa sekalipun kepada bapa biologinya. Oleh itu anak tidak sah taraf hanya boleh berwalikan wali hakim sahaja untuk urusan pernikahan. Walau bagaimanapun, pernikahannya sah walaupun menggunakan nama bapa biologinya jika memenuhi semua rukun dan syarat nikah. Wanita tersebut boleh terus sahaja membuat pendaftaran pernikahan seperti biasa. Namun, adalah lebih baik bagi wanita tersebut untuk membuat penukaran nama mengikut kaedah penasaban anak tak sah taraf sebagaimana fatwa negeri Selangor. Ini bagi mengelakkan kekeliruan yang mungkin timbul dan memudahkan rekod dokumentasi pada masa akan datang. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 75

message user image