BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

assalammualaikum, sekarang ramai wanita selit masuk baju dalam seluar sambil memakai pakaian luar seperti jaket blazer dan cardigan sebagai fashion. 

soalan saya, apakah hukum wanita selit masuk baju dalam seluar dan memakai pakaian luar seperti jaket sebagai fashion dan sebagai kekemasan diri ketika bekerja ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada persoalan saudari, tiada hukum tertentu berkenaan selit masuk baju dalam seluar bagi perempuan. Selagimana cara berpakaian itu tidak mendedahkan aurat, tidak nipis, tidak menjadi perhatian orang dan tidak menampakkan bentuk badan, maka ia harus dipakai dan tiada halangan untuk berpakaian sedemikian. Biarpun mengikut fashion, keutamaannya adalah aurat tetap wajib dipelihara. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 31;

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ یَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَیَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا یُبۡدِینَ زِینَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡیَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُیُوبِهِنَّۖ وَلَا یُبۡدِینَ زِینَتَهُنَّ 

Maksudnya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya..."

Tambahan pula, cara berpakaian ketika bekerja bukan sahaja nampak kekemasannya tetapi biarlah sesuai dalam bidang dan situasi tempat kerja masing-masing.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 215

message user image