BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Mohon penjelasan tuan berkenaan satu program infak yang memberikan manfaat kepada penyumbangnya secara konsisten setiap bulan sehingga akhir hayat. Adakah program sebegini ada unsur riba kerana ada manfaat bulanan yang tetap? Atau manfaat itu dikira sebagai hibah?

 Berikut sedikit penerangan contoh keadaan dan manfaat program:

1.Kalau kita infak apa yang kita dapat?
 - tak dapat apa apa..sekadar derma ,ganjaran itu Allah yang bagi

2.Apakah manfaat yang boleh saya dapat jika menyertai program ini?
 - sebagai penghargaan kepada semua penderma, anda layak mendapat :
 1- seekor ayam kampung (bersih)
 ATAU
 2- digantikan dengan tunai bernilai RM13.00 untuk seekor ayam kg.

3.Berapa lama manfaat ini akan saya perolehi?
 - Setiap bulan dan seumur hidup anda

4. Siapa yang boleh menyertai program ini?
 - terbuka kepada semua orang yang memegang account Maybank atau lain-lain (pemegang individu)

5.Berapa had umur minima untuk sertai program infak ini?
 - seusia baby berumur 1 tahun dan tiada had umur dewasa.


6.Bagaimana nilai infak kami 250 tu bekerja..?
 -untuk setiap RM250.00 ,kita akan ternak 30 ekor ayam kampung, dan sebagai penghargaan setiap 2 bulan ,penderma akan mendapat 2 ekor ayam kg percuma @ RM26.00 , tetapi pakkp agihkan setiap bulan BUKAN 2 bulan sekali ..bermaksud seekor sebulan @ RM13 sebulan SETIAP BULAN.

7. Mengapa manfaat diberi etiap bulan?
 - supaya penderma mendapat manfaat itu setiap bulan dan tak perlu tunggu 2 bulan sekali. so boleh makan ayam tiap tiap bulan (jika pilih ayam) atau boleh dapat tunai setiap bulan (jika pilih tunai)

8. Boleh kah saya buat infak dengan nilai yang banyak?
 -Boleh.
 setiap Infak RM250 ,anda dapat manfaat 1 ekor ayam @ RM13
 Jika 500 , dapat RM26.00
 Jika 1000 , dapat RM52.00
 Jika 5000 , manfaat yg dapat 260.00 dan seterusnya...
 SETIAP BULAN dan SEUMUR HIDUP

Infak ni jika kita buat...manfaat di dunia kita dapat, ganjaran di akhirat juga kita dapat...itu janji Allah...
 bersihkan lah pendapatan kita dengan infak/sedekah atau derma..
 anda tidak rugi apa apa...

TIADA SEBARANG RISIKO.

ingat! ini bukan sebuah perniagaan..tetapi kerja kerja amal untuk bantu lebih ramai orang menyimpan dengan menggunakan duit poket yg minima.

Terima kasih tuan atas masa yang diberi untuk perhatian soalan ini. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada soalan yang diajukan, salah satu kaedah Fiqah di dalam muamalat atau transaksi di dalam Islam adalah: 

العبرة في العقود للمقاصد والمعاني، لا للألفاظ والمباني

Maksudnya: Sesuatu akad diambil kira berdasarkan tujuan dan objektif yang dimaksudkan, bukanlah sekadar lafaz dan susunan huruf.

Walaupun di dalam program tersebut pemberian itu dinamakan sebagai derma, namun apabila dijanjikan pulangan atau balasan, maka ia dianggap sebagai akad mu'awadhah iaitu akad yang melibatkan penukaran 2 hak atau balasan. Ciri ini menepati konsep mudharabah yang dijanjikan pulangan atau jaminan keuntungan. Para Ulamak sepakat bahawa akad seperti ini adalah dilarang dan ia adalah riba.   

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                                                                      


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 179

message user image