BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Adakah batal solat, jika badan menggigil /menggeletar kerana menahan kentut?


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Solat tidak batal jika badan menggigil atau menggeletar kerana menahan kentut. Namun menunaikan solat sambil menahan kentut atau menahan daripada membuang air itu hukumnya makruh kerana ia mengurangkan kesempurnaan solat dan boleh menghilangkan tumpuan ketika solat.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 339

message user image