BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,

saya nak mintak pendapat ustaz tentang nama anak,banyak dah saya cari dekat google maksud nama ini,tapi saya tak jumpa.

1)Adakah nama Leo Isa ini maksud yang baik?

2)Saya inginkan letak nama anak lelaki yang pendek sahaja,ustaz boleh cadangkan tak nama yang baik dan maksud yang bagus.

TERIMA KASIH


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Terima kasih kepada tuan atas pertanyaan yang diajukan. Sehubungan itu, berdasarkan semakan yang telah dibuat, maksud nama "Leo Isa", Leo bukan perkataan arab dan tidak diketahui makna. Ada pun Isa adalah nama seorang utusan Allah iaitu Nabi Isa alaihi salam.

Cadangan pihak kami untuk anak lelaki tuan adalah Talhah (طلحة) sempena mengambil nama seorang sahabat Nabi SAW Talhah bin Ubaidillah yang termasuk 10 orang sahabat Nabi dijanjikan syurga dan diberikan gelaran oleh Nabi SAW sebagai syahid yang hidup. Sepertimana sabdaan Nabi SAW berkenaan kehebatan beliau yang telah diriwayatkan oleh Jabir bin Abdlillah:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى شَهِيدٍ يَمْشِى عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ
"Barangsiapa yang ingin melihat syahid yang sedang berjalan di muka bumi ini, lihatlah pada Talhah ibn Ubaidillah" (Riwayat al-Tirmizi)

Dan juga boleh dinamakan nama anak tuan dengan sahabat-sahabat Nabi SAW seperti Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali dan lain-lain.

Semoga Allah memudahkan segala urusan tuan dan anak-anak di dunia dan di akhirat.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 236

message user image