Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.. Soalan saya,
Apakah hukumnya perbuatan ini jika seseorang yg berhadas besar memotong kuku atau rambut sebelum dia mandi wajib dahulu..
Contohnya., dia bermimpi sehingga keluar air mani dan sebelum mandi wajib dia memotong kuku dahulu dan barulah mandi hadas..
Terima kasih
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk persoalan saudara, hukum memotong kuku atau rambut sebelum mandi wajib adalah diharuskan. Ini kerana, tiada dalil yang melarang atau menyuruh melakukan perbuatan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya kuku atau rambut terlalu panjang sehingga boleh menghalang air sampai ke kulit, maka wajib memotong kuku atau rambut tersebut. Ini kerana, antara salah satu rukun mandi wajib adalah meratakan air ke seluruh badan termasuk kulit, bahagian berlipat dan bulu-bulu yang ada pada tubuh badan.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.