Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, macam mana untuk adik perempuan saya dan saya mengganti puasa & solat yang sebelum ni dia tak qada? Dan dia sendiri tak tau dah berapa hari dia tertinggal puasa dan solat tu. Dan cara untuk membayar/qada puasa dan solat itu. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, tetap perlu mengqada’kan puasa selama yang tidak dapat dilaksanakan sebelum masuk ramadhan tahun berikutnya. Namun, jika masih tidak dapat qada’ sehingga bertemu ramadhan berikutnya, maka pada tahun 2019 perlu qada’ dan fidyah bagi setiap hari yang luput. Kaedah pembayaran fidyah adalah dengan mengeluarkan bayaran fidyah sebanyak 1 cupak darab 30 hari (puasa yang ditinggalkan). Qada’ solat yang tertinggal boleh dilaksanakan sepanjang masa sekalipun pada waktu diharamkan solat. Ini kerana pada waktu ini yang ditegah adalah melakukan solat sunat manakala di dalam hal qada’ solat ia merupakan kewajipan yang masih ditanggung. Dr. Wahbah al-Zuhailiy mengatakan : “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (al-Fiqh al-Islamiy). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.