BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

As Salam Tuan,

Kemusykilan saya adalah, jikalau saya berhadas besar dan memerlukan untuk mandi wajib, setelah melaksanakannya, baru saya sedar saya ada alatan yang diletakkan dibahagian belakang lengan saya bertujuan untuk mengukur tahap gula didalam badan saya. Adakah perlu saya ulangi mandi hadas saya ?

Terima Kaseh Tuan.

Wassalamu. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk persoalan saudara, tidak perlu mengulangi mandi hadas tersebut, hanya melalukan air pada bahagian belakang lengan yang tidak terkena air setelah alat mengukur tahap gula ditanggalkan. Ini kerana, pada pandangan mazhab Syafi'i, tidak menjadi kewajipan di dalam melaksanakan mandi wajib untuk meratakan air ke seluruh anggota badan secara muwalah iaitu berturut tanpa putus. Sebaliknya perkara tersebut adalah disunatkan. Oleh itu, adalah diharus untuk melaksanakan mandi wajib secara berperingkat atau terputus. Walau bagaimanapun, saudara perlu berniat semula mandi wajib semasa menyambung semula mandi wajib tadi. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.  


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 138

message user image