Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan 1 soalan berkenaan status halal atau haram dari hasil perkejaan sebagai pengutip hutang di syarikat kutipan hutang yang berdaftar dan diwakilkan oleh istitusi2 perbankan. Tugas kerja menghubungi peminjam atau penjamin untuk meminta semula bayaran tunggakan dan saya akan dibayar upah komisen dari setiap kutipan oleh pihak bank.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, tidak menjadi kesalahan bertugas sebagai pengutip hutang dengan syarikat tersebut dengan upah berdasarkan komisen dari setiap kutipan oleh pihak bank.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.