BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Topik : Najis pada pantyliner yang tidak kelihatan
 

Saya memakai pantyliner kerana mengalami masalah istihadah/keputihan. Justeru sebelum solat, saya akan membersihkan kemaluan dan berwudhu.
 

Kadangkala saya tidak menukar pantyliner yang baru kerana tidak kotor (pada pandangan mata). Namun saya risau sekiranya najis pada kemaluan bersentuh dengan pantyliner tetapi tidak kelihatan dengan mata kasar. Wajibkah saya menukar pantyliner kerana kemungkinan najis/keputihan yang melekat pada kemaluan bersentuh dengan pantyliner tersebut?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, asal kepada sesuatu itu adalah bersih/suci, ini berdasarkan kepada kaedah fiqah:

الأصل في الأشياء الطهارة

Maksudnya: Asal hukum sesuatu perkara itu adalah suci.

Tidak wajib menukar pantyliner jika puan yakin tiada najis (tidak nampak najis). Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal pantyliner itu yang bersih, memang tiada najis tanpa menyelidiki perkara-perkara yang tersembunyi.

Jika hati puan risau dan masih tidak tenang serta sentiasa ragu, maka tukarlah supaya tiada kerisauan dalam diri sendiri. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 152

message user image