BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

saya pernah melafazkan seperti ini kepada isteri di whatsapp, 'Aku nk je suruh kau sumpah tapi kalau kau tipu suMpah kau tu, jatuh talak ke apa ke kn. nak je buat mcm ni'. Adakah ucapan tersebut jelas jika isteri menipu akan terjatuh talak?

Ataupun sebenarnya ucapan itu tidak sah walaupun ditakdirkan isteri secara sengaja atau tidak menipu, kerana lafaz tersebut bukan bersifat jelas seperti 'kau tipu aku lepas ni terus jatuh talak' dan saya tidak berniat pun ketika itu untuk melafazkan secara jelas.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

،الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Semoga tuan sentiasa sihat walafiat.

Apa yang tuan ucapkan melalui aplikasi WhatsApp, sebagaimana yang tuan nyatakan, ia berbentuk pernyataan kemahuan tuan melafazkan taklik talak dengan cara menyuruh isteri tuan bersumpah. Maka, taklik talak itu tidak berlaku.

Walau bagaimanapun, sebarang pengesahan lafaz talak terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Tuan boleh merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk membuat pengesahan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 149

message user image