Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ada soalan untuk diajukan:
1) Bagi sesiapa yang tinggi syahwatnya, tak kira di mana dia berada, dan pada bila bila masa sahaja, sekejap ataupun lama. Menjadi kesukaran baginya sekiranya ada merasakan sama ada air mazi yang keluar ataupun tidak. Kadang2 perkara begini menyebabkab dia was was tentang keluarnya air mazi. So apakah cara terbaik untuk memastikan air mazi keluar ataupun tidak? Cukup sekadar memeriksa seluar dalam samaada, ada kesan air mazi padanya ataupun tidak. Bagaimana kalau air mazi telahpun kering dan tiada kesan?
2) Bagi mereka yang gemarkan mendaki atau berkhemah di dalam hutan. Dan pada masa yg sama ketiadaan air. Air hanya cukup untuk minum dan berwudhu. Cukupkah sekadar beristinjak menggunakan tisu yang kering selepas membuang air kecil & besar. Dan kemudian berwudhu menggunakan air yg sedikit untuk solat. Adakah ada cara yg lain? Adakah sah solat?
3) Selepas subuh, Saya nak ke tempat kerja. Kemudian saya dapati dekat seat motor saya ada bulu bulu kucing dan beberapa tompokkan kecil kebasahan di sekitar atas seat motor. Di area rumah bnyk kucing kucing. Saya tak berapa pasti yang kebasahan tu berpunca dari apa. Yg saya pasti ptg semalam ada hujan. Saya parking motor di tempat yg berbumbung. Dan kemudian saya terus duduk di atas seat motor dan teruskan perjalan ke tempat kerja.
Terima Kasih.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
1. Air Mazi adalah air yang keluar disebabkan syahwat dan ia dikategorikan sebagai najis. Oleh yang demikian, ia wajib dicuci terlebih dahulu sama ada pada pakaian, tempat solat dan tubuh badan sebelum mendirikan solat. Cara untuk memastikan air Mazi keluar atau tidak adalah dengan meletakkan tisu pada kemaluan. Sekiranya terasa keluar air Mazi maka perlu segera lihat pada tisu tersebut. Jika ada kesannya maka wajib berwuduk semula dan bersihkan kemaluan serta diganti dengan tisu yang baharu.
2. Cara yang terbaik untuk melakukan istinjak ialah dimulai dengan menggunakan bahan kesat dan disudahi dengan air. Jika sekiranya ketiadaan air, maka hendaklah menggunakan bahan kesat sahaja tanpa membasahkannya. Ini kerana jika ia dibasahkan dengan air dibimbingi bahawa najis tersebut akan merebak kepada tempat yang lain, sekaligus menyebabkan wajib untuk membersihkannya dengan air pula.Syarat-syarat sesuatu yang selain air untuk boleh dijadikan alat istinjak ialah:
Antara bahan-bahan kesat dan kering yang boleh menggantikan air bagi istinjak ialah tisu tandas. Ini memandangkan tisu tandas itu mampu untuk menghilangkan najis dan membersihkan anggota badan. Sekiranya memenuhi syarat di atas, solat yang dilaksanakan adalah sah dan tidak wajib diulang.
3. Seat motor dan seluar tuan tidak bernajis selagi mana tidak dapat dipastikan cecair tersebut adalah najis. Adalah disarankan agar memastikan dahulu kesan air tersebut najis atau tidak, bagi mengelakkan perasaan was-was.
والله أعلم بالصواب