BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz. Saya ada satu kemushkilan tentang berkhatan. 

Sekarang umur saya dah 41 tahun dan saya dah berkhatan pada umur saya 8 tahun lagi. Maaf Ustaz,  kemushkilannya apabila usia saya semakin meningkat dewasa saiz badan saya bertambah kepala zakar saya tertarik kedalam dan kepala zakar tertutup dengan kulup. Memang nampak seperti orang yang tak pernah berkhatan. Jadi soalannya

" Perlukan saya buat khatan sekali lagi ada usia 41 tahun ni dan adakah sah solat saya jika saya tak berkhatan kali kedua? " 

Maaf Ustaz, harap Ustaz boleh memberi jawapan kepada saya segera sebab sejak umur saya cecah 14 tahun lagi hingga sekarang kepala zakar saya tertarik kedalam ditutupi terus oleh kulup. Saya sgt risau solat Dan umrah serta segala ibadat saya  lakukan dari umur 14 tahun sehingga sekarang tak sah. Mohon pertolongan Ustaz. Terima kasih .


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berkhatan bermaksud membuang foreskin atau kulup, iaitu kulit bahagian hadapan yang menutupi kepala zakar bagi lelaki. Pada pandangan muktamad mazhab Syafi'i, hukum berkhatan bagi lelaki adalah wajib. Di antara hikmah pensyariatan berkhatan adalah untuk menjamin kesucian dan kebersihan diri. 

Namun, bagi mereka yang telah berusia, adalah disarankan untuk merujuk kepada doktor Pakar sama ada berkhatan akan menyebabkan risiko kemudhartan atau tidak. JIka terdapat risiko, maka tidak diwajibkan untuk berkhatan. Sekiranya keputusan untuk tidak berkhatan diambil, maka wajib mencuci dengan membersih kawasan dalam kulit kelamin yang menutupi zakar dari sebarang najis sebelum melakukan ibadah. Ini adalah kerana bersuci daripada najis merupakan salah satu syarat sah dalam suatu ibadah. Sekiranya terdapat najis di kawasan dalam kulit kelamin tersebut, maka ibadah seperti solat atau tawaf adalah tidak sah.

Sekian, terima kasih. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 185

message user image